Setem kenangan Puja Usia KDYMM ke-70 tahun

Setem kenangan Puja Usia KDYMM ke-70 tahun

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Orang ramai khususnya para penggemar dan pengumpul setem berpeluang mendapatkan sampul surat hari pertama dan setem kenang-kenangan yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos bersempena dengan Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 Tahun.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Pos, sampul surat rasmi hari pertama dan setem kenang-kenangan itu akan dijual kepada orang ramai pada 15 Julai di cawangan-cawangan pos yang berkenaan.

Cawangan-cawangan pos yang akan dibuka kepada pengumpul setem pada hari itu nanti termasuk Kaunter Galeri Setem, Bandar Seri Begawan, Pejabat Pos Lapangan Terbang Lama, Berakas (MPC), Pejabat Pos Kuala Belait, Pejabat Pos Seria, Pejabat Pos Tutong, Pejabat Pos Seri Kompleks, Pejabat Pos Sengkurong dan Pejabat Pos Muara.

ARTIKEL YANG SAMA