SETENAGA rasmi 2 bas baru

SETENAGA rasmi 2 bas baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Syarikat Kerjasama Kampung Tanjung Nangka (SATENAGA), hari ini, telah merasmikan dua buah bas baru milik syarikat berkenaan dalam majlis menapung tawar yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Kampung Tanjong Nangka.

Upacara menapung tawar tersebut disempurnakan oleh Yang Behormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal selaku Penasihat SETENAGA dan Dato Paduka Haji Puasa bin Orang Kaya Seri Pahlawan Haji Tudin.

Bas-bas jenis City Bus Low Floor yang mempunyai muatan 25 penumpang berkenaan akan digunakan sebagai tambahan operasi bas syarikat berkenaan dalam memberi keselesaan kepada orang ramai khususnya penumpang-penumpang bas awam.

Timbalan Setiausaha SATENAGA juga selaku Pengurus Bas Awam SATENAGA, Haji Jumat bin Haji Burut memberitahu media, pembelian bas baru ini adalah sebagai sokongan kepada Kementerian Perhubungan melalui Jabatan Pengangkutan Darat bagi memperbaiki sistem pengangkutan di negara ini sambil meningkatkan taraf bas yang lebih canggih.

Yang Behormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Hamid menyempurnakan menapung tawar bas baru SATENAGA.
Yang Behormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Hamid menyempurnakan menapung tawar bas baru SATENAGA.
Dua bas kepunyaan syarikat Kerjasama Kampung Tanjung Nangka yang dirasmikan kelmarin.
Dua bas kepunyaan syarikat Kerjasama Kampung Tanjung Nangka yang dirasmikan kelmarin.

“Keluaran bas terbaru ini akan mengubah taraf dari bas sebelumnya kepada bas yang lebih besar dan selesa, ia juga mempelawa orang ramai untuk menggunakan bas awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan masa menunggu penumpang.

“Setakat ini, Syarikat SATENAGA mempunyai 19 buah bas termasuk tambahan bas lagi yang akan datang pada bulan Oktober ini nanti bagi kemudahan pengangkutan laluan barat antaranya Pantai Jerudong menuju ke Bandar Seri Begawan,” tambahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat diikuti dengan penyempurnaan pemotongan reben dan menapung tawar. Majlis diakhiri dengan perjalanan dekat bersama rombongan ahli syarikat SATENAGA menggunakan bas tersebut dan sesi jamuan.

ARTIKEL YANG SAMA