Setia Bakti ‘B’ ungguli Kejohanan Veteren

Setia Bakti ‘B’ ungguli Kejohanan Veteren

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mac – Pasukan Setia Bakti ‘B’ unggul dalam kejohanan Bola Sepak Veteran kebangsaan DST 2016 – Piala Presiden apabila berjaya membenam Pasukan PBDB dengan jaringan 4-2

Membuka jaringan pada perlawanan yang diadakan di Padang Dewan Kemasyarakatan, Mukim Kilanas adalah pemain Setia Bakti pada minit ke-6 sebelum rakan sepasukannya turut membuat jaringan di babak pertama perlawanan.

Awang Mazkan bin Haji Mahadi membuat jaringan kedua bagi Setia Bakti pada minit ke-16 dan sekali lagi gawang gol PBDB bolos dek percubaan oleh Awangku Radin Abdul Hakim di minit ke-47 kedua.

PBDB menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tidak berputus asa apabila cubaan mereka untuk mengejar Setia Bakti berbaloi di minit ke-64 hasil jaringan Awang Ishak bin Ahmad.

Namun tekanan terus dirasai PBDB apabila sekali lagi pemain Setia Bakti menjaringkan gol pada minit ke-74 oleh Awang Mohd Khairul Azmi bin Mohd Shah sebelum gol terakhir perlawanan dijaringkan oleh Awang Jamhari bin Lani daripada Pasukan PBDB pada minit ke-80.

Perlawanan berakhir dengan jaringan 4-2 dan kedudukan berterusan sehingga wisel penamat perlawanan itu di sini.

ARTIKEL YANG SAMA