Setia Motor lancar Hyundai baru

Setia Motor lancar Hyundai baru

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – Pengedar tunggal Hyundai, Setia Motors Sdn Bhd hari ini melancarkan kereta terbarunya, Crossover Hyundai i20 Active di Bilik Pameran Hyundai, Perindustrian Beribi.

Hadir merasmikan pelancaran SUV mini Hyundai ini ialah Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, James Chin.

Crossover tampak lebih elegan dengan rekaan warna dalaman dwi warna menggabungkan warna oren dan hitam atau biru laut dan hitam. Ia juga menampilkan pedal bersalut aluminium dan tombol gear berwarna.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan enjin 1.4L dengan hamburan 100rpm kuasa kuda dan transmisi enam kelajuan.

Fungsi-fungsi lain pula amat mudah dikendalikan kerana kecanggihan sistem teknologinya yang membolehkan sesiapa sahaja mampu memandunya.

Crossover Hyundai i20 Active tampak lebih tinggi berbanding model Hyundai i20 yang biasa.
Crossover Hyundai i20 Active tampak lebih tinggi berbanding model Hyundai i20 yang biasa.
Awang Sufri terpilih selaku pemenang utama dalam sesi cabutan hadiah bertuah Year End Bonanza Hyundai 2015 bergambar bersama James Chin.
Awang Sufri terpilih selaku pemenang utama dalam sesi cabutan hadiah bertuah Year End Bonanza Hyundai 2015 bergambar bersama James Chin.

Pelancaran juga diselajurkan dengan cabutan hadiah utama sempena Kempen Promosi Year End Bonanza 2015 yang berlangsung bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember 2015 lalu.

Lima orang pemenang bertuah pulang menerima hadiah masing-masing pada majlis itu. Menang tiket penerbangan ke London untuk dua orang ialah Awang Sufri Ahmad, Awang Nazri bin Jalani memenangi tiket ke Kuala Lumpur, Awang Nur Amin Asney bin Yahya membawa pulang tiket penerbangan ke Hong Kong manakala Dayang Nurhidayani binti Haji Gani menang Samsung Galaxy A4 dan Dayang Siti Rabiatul Adawiyah binti Abdullah Tangkai pula memenangi hadiah Samsung Galaxy j7.

ARTIKEL YANG SAMA