Setia Motors bantu 50 anak yatim

Setia Motors bantu 50 anak yatim

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Seramai 50 orang anak yatim yang berumur di bawah 12 tahun dari Kampung Perpindahan Mata-Mata dan Kampung Menglait menerima sumbangan derma daripada Setia Motors Sdn Bhd yang merupakan pengedar kenderaan jenama Hyundai di negara ini, bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penyampaian sumbangan pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Hyundai, Beribi, kelmarin, telah di-sempurnakan oleh Pengurus Komersial, Haji Abdul Hamid bin Haji Yahya dan Pengurus Jualan Setia Motors Sdn Bhd, Awang Fadhillah bin Sulaiman.

Penyampaian sumbangan kepada anak yatim dari Mukim Gadong itu diharap akan dapat menceriakan dan meringankan lagi beban mereka dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

Beberapa orang penjaga anak-anak yatim yang ditemui pada majlis itu mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dalam membuat persiapan Hari Raya nanti.

Ampuan Fitri binti Ampuan Daud dari Kampung Perpindahan Mata-Mata yang menemani cucu beliau, Dayang Nurkasih Erma Shareena binti Abdul Mu’min Mohammad Sabree, 7, melahirkan perasaan gembira dengan sumbangan yang diterima.

Haji Abdul Hamid menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim di Mukim Gadong.
Haji Abdul Hamid menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim di Mukim Gadong.
Salah seorang anak yatim menerima sumbangan daripada Setia Motors yang disampaikan oleh Awang Fadhillah.
Salah seorang anak yatim menerima sumbangan daripada Setia Motors yang disampaikan oleh Awang Fadhillah.
Antara yang hadir pada majlis itu.
Antara yang hadir pada majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA