Setia Motors serikan majlis ibadah korban

Setia Motors serikan majlis ibadah korban

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Setia Motors Sdn Bhd petang tadi turut mengadakan majlis ibadah korban di ibu Pejabat Hyundai, Beribi.

Majlis yang julung kalinya dianjurkan oleh syarikat ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pegawai dan kakitangannya untuk beramal ibadah seperti ibadah korban dan bersedekah.

Selain itu, ia juga diadakan untuk mengeratkan silaturahim dalam acara gotong-royong dan seterusnya membantu mereka yang kurang berkemampuan dengan menyedekahkan daging korban kepada anak-anak yatim.

Pengagihan daging korban kepada 41 orang anak yatim di Kampung Beribi dan Kiarong itu telah disempurnakan oleh Pengurus Komersil, Haji Abdul Hamid bin Haji Yahya dan Pengurus Jualan, Fadhillah Sulaiman.

Haji Abdul Hamid ketika menyampaikan daging korban kepada salah seorang anak yatim.
Haji Abdul Hamid ketika menyampaikan daging korban kepada salah seorang anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA