Setia Motors tidak abaikan anak yatim

Setia Motors tidak abaikan anak yatim

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Sempena kedatangan bulan Syawal ini, anak-anak yatim diberi perhatian penting dalam sama-sama berkongsi kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang hanya tinggal kurang daripada seminggu sahaja lagi.

Dalam usaha menyuntik keceriaan kepada mereka, Setia Motors Sdn Bhd, hari ini, menyampaikan sumbangan derma berupa wang tunai dan barangan makanan kepada 58 orang anak yatim, berusia dua hingga 16 tahun, dari tiga buah kampung di daerah ini, iaitu Kampung Kiulap, Kampung Beribi dan Kampung Kiarong.

Sumbangan disampaikan oleh Penghulu Mukim Gadong B, Mejar (Bersara) Haji Bakar bin Sapar, Ketua Kampung Kiarong, Haji Morsidi bin Haji Ahmad dan Ketua Kampung Kiulap, Haji Mohammad bin Abu Bakar.

Manakala Setia Motors Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Komersial, Haji Abdul Hamid bin Haji Yahya dan Eksekutif Jualan dan Pemasaran Kanan, Awang Fadhillah Sulaiman.

Dengan adanya sumbangan ini, ia diharap dapat membantu anak-anak yatim membuat persiapan Hari Raya seterusnya dapat meringankan bebanan para penjaga mereka.

Penghulu Mukim Gadong B, Penghulu Mejar (Bersara) Haji Bakar menyampaikan sumbangan daripada Setia Motors kepada salah seorang anak yatim di Kampung Beribi.
Penghulu Mukim Gadong B, Penghulu Mejar (Bersara) Haji Bakar menyampaikan sumbangan daripada Setia Motors kepada salah seorang anak yatim di Kampung Beribi.
Ketua Kampung Kiulap, Haji Mohammad menyampaikan sumbangan daripada Setia Motors kepada salah seorang anak yatim di Kampung Kiulap.
Ketua Kampung Kiulap, Haji Mohammad menyampaikan sumbangan daripada Setia Motors kepada salah seorang anak yatim di Kampung Kiulap.

ARTIKEL YANG SAMA