Setiap anggota TPPA ada matlamat berbeza

Setiap anggota TPPA ada matlamat berbeza

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) – Setiap negara yang menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mempunyai matlamat masing-masing dalam aspek pembangunan negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Sri Mustapa Mohamed berkata matlamat setiap negara anggota mungkin berbeza berdasarkan keadaan ekonomi semasa negara anggota.

“Bagi Malaysia, matlamatnya adalah untuk mempelbagaikan perdagangan, menjalin hubungan baik dengan semua negara dan meningkatkan jumlah perdagangan, pelaburan dan pendapatan negara.

“Matlamat menyertai TPPA ini (bagi Malaysia) adalah untuk menjalin hubungan dengan negara-negara yang masih belum mempunyai perjanjian perdagangan bebas (FTA),” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran skuter elektrik Eclimo Sdn Bhd, untuk pasaran eksport dan laman web untuk menyewa skuter, di sini.

ARTIKEL YANG SAMA