Setiap jam semak telefon

Setiap jam semak telefon

Amerika Syarikat, 10 Julai (Reuters)  – Lebih dari separuh pemilik telefon pintar Amerika Syarikat (AS) menyemak peranti mereka beberapa kali dalam satu jam atau lebih, dan kebanyakan warga AS membawa telefon pintar mereka bersama sepanjang hari dan kebanyakan setiap malam, menurut laporan Gallup yang dikeluarkan kelmarin.

Sebanyak 11 peratus responden mengatakan mereka menyemak telefon mereka setiap beberapa minit dan 41 peratus mengatakan merekan menyemak beberapa kali dalam masa sejam, menurut Gallup. Sebanyak 20 peratus yang lain berkata mereka menyemak kira-kira hanya sekali dalam sejam dan 28 peratus kurang kerap menyemak telefon mereka.

Kajian Gallup termasuk tindak balas dari online atau melalui mel daripada 15,747 orang dewasa AS yang memiliki telefon pintar di kesemua 50 negara dari 17 April hingga 18 Mei. Ia mempunyai satu peratus margin kesilapan.

Bagaimanapun laporan tersebut tidak menyatakan bagaimana responden menggunakan telefon pintar mereka, sama ada untuk e-mel, mesej, internet, dan sebagainya.

Pengguna muda AS lebih kerap menyemak telefon pintar mereka, menurut Galluo. 22 peratus responden daripada

18 ke 29 tahun berkata mereka menyemak telefon mereka setiap beberapa minit, berbanding tiga peratus orang berusia 65 tahun atau lebih, menurut Gallup lagi.

ARTIKEL YANG SAMA