Setiausaha Pertahanan Britain lawat Brunei

Setiausaha Pertahanan Britain lawat Brunei

pg03_150530_f

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Setiausaha Pertahanan Britain, Michael Fallon MP (gambar) akan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei pada Ahad ini.

Pejabat Suruhanjaya Tinggi Britain di sini dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan lawatan menteri Britain yang pertama sejak Perdana Menteri David Cameron menubuhkan kerajaan baru pada awal bulan ini dan melantik semula Tuan Yang Terutama Michael Fallon sebagai Setiausaha Pertahanan. Lawatan tersebut adalah susulan penandatanganan Perjanjian Garisson antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri David Cameron pada Februari lalu.

Tuan Yang Terutama Michael Fallon dijangka meluangkan masa bersama Pasukan Tentera British di Brunei, termasuk di Garisson, Seria dan bertemu dengan Timbalan Menteri Pertahanan sebelum meninggalkan negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA