Setuju hadiri rundingan damai

Setuju hadiri rundingan damai

BEIRUT, 7 Mac (AFP) – Pembangkang Syria hari ini bersetuju untuk menghadiri pusingan baru rundingan damai yang ditaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditetapkan pada minggu ini di Geneva selepas gencatan senjata penting membawa kepada penurunan dramatik dalam pertempuran.

Perdamaian sementara antara rejim Presiden Bashar al-Assad dan pemberontak bukan jihad, yang dibroker oleh Rusia dan Amerika Syarikat, telah mencabar jangkaan dan membawa kepada penurunan ketara dalam keganasan perang saudara Syria yang hampir mencecah lima tahun.

PBB berharap yang ia kini boleh memulakan semula rundingan berkaitan peralihan politik yang musnah bulan lalu di Geneva.

Pembangkang, yang diwakili oleh Jawatankuasa Rundingan Tertinggi berpangkalan di Riyadh, telah menangguhkan untuk melakukan rundingan namun hari ini mengatakan ‘perhentian permusuhan’ 10 hari telah membuat satu kelainan.

“Selepas konsultasi, Jawatankuasa Rundingan Tertinggi bersetuju untuk pergi ke Geneva. Delegasi itu dijangka akan tiba pada Jumaat,” menurut jurucakap bagi kumpulan itu, Riad Naasan Agha memberitahu AFP.

ARTIKEL YANG SAMA