Sevilla azam lakar sejarah Liga Europa

Sevilla azam lakar sejarah Liga Europa

WARSAW, 27 Mei (AFP) – Sevilla boleh menjadi pasukan pertama untuk memenangi empat gelaran Liga Europa atau Piala UEFA apabila pasukan itu berdepan Dnipro Dnipropetrovsk yang kali pertama beraksi dalam perlawanan Eropah hari ini.

Tambahan pula, satu kemenangan juga akan menyelamatkan kelayakan langsung kepada persaingan Liga Juara–Juara musim depan setelah terlepas hanya satu mata kepada Valencia dalam persaingan kedudukan keempat dalam La Liga.

“Perkembangan yang dialami pasukan adalah menerusi apa yang kami rasakan untuk Liga Europa,” kata jurulatih Sevilla, Unai Emery kepada Uefa.com.

“Ia bermakna sesuatu. Pasukan itu mahu peminat merasakan getaran persaingan yang diberikan kepada kami. Kami mencapai sesuatu yang menjadikan kami lebih besar, memberikan kami prestij, memberikan kami tempat dalam sejarah dan pengiktirafan dalam Eropah di atas kerja keras kami.

“Kami tidak dapat menafikan kami berpeluang untuk menulis sejarah. Sudah tentu kami gembira untuk mendapatkan peluang itu dan mampu untuk mengejar kedudukan ini.

“Kami berazam untuk mencapai sesuatu bersama pasukan ini. Ia tidak dirasakan seperti tekanan atau halangan kepada kami daripada meneruskan perancangan menentang Dnipro. Ia akan bertindak sebagai motivasi dan mimpi yang boleh kami capai.”

Dalam perbandingan kepada jaringan lewat dan dua sepakan penalti yang membawa kepada kejayaan mereka dalam Liga Europa musim lalu, dalam kempen ini pasukan Emery berazam dengan hanya tewas sekali dalam 14 perlawanan dan menjaringkan 26 gol dalam proses itu.

Laluan Dnipro ke Warsaw jauh lebih kerja keras ketika pasukan dari Ukraine itu hanya memenangi tujuh daripada 16 perlawanan untuk mara ke final.

Bagaimanapun, setelah mengecewakan pasukan seperti Olympiakos, Ajax dan Napoli, jurulatih Mayron Markevich mempersiapkan pasukannya dengan tugasan getir di ibu negara Poland.

ARTIKEL YANG SAMA