Sevilla, Barca mara ke final

Sevilla, Barca mara ke final

SEVILLA, 12 Feb – Sevilla menempah pertemuan akhir Copa del Rey menentang Barcelona dengan kemenangan agregat 6-2 ke atas Celta Vigo selepas terikat 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua, pagi tagi.

Sevilla melepaskan gol pertama dalam pertandingan itu musim ini apabila membenarkan penyerang Iago Aspas menyempurnakan bola hantaran silang Fabian Orellana pada minit ke-35.

Penyandang juara Liga Europa Sevilla, yang membawa bekalan selesa 4-0 daripada aksi pertama minggu lalu, hampir menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian tetapi tandukan pemain tengah Vicente Iborra hanya menemui palang gol.

Gawang Sevilla terlebih dahulu dibolosi apabila pemain Celta, Iago Aspas menyudahkan hantaran lintang Fabian Orellana. Namun, Sevilla nyaris menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian tetapi tandukan pemain tengah, Vicente Iborra terkena palang.

Aspas menggandakan kelebihan 10 minit bersambung babak kedua, apabila tidak mensia-siakan bola hantaran silang sebelah kanan Daniel Wass hasil kesilapan sepakan lemah penjaga gol Rico.

Daniel Carrico (kiri) ketika bersaing dengan John Guidetti semasa perlawanan Celta de Vigo menentang Sevilla FC di stadium Balaidos di Vigo. Sevilla menempah pertemuan akhir Copa del Rey menentang Barcelona dengan kemenangan agregat 6-2 ke atas Celta Vigo. – AFP
Daniel Carrico (kiri) ketika bersaing dengan John Guidetti semasa perlawanan Celta de Vigo menentang Sevilla FC di stadium Balaidos di Vigo. Sevilla menempah pertemuan akhir Copa del Rey menentang Barcelona dengan kemenangan agregat 6-2 ke atas Celta Vigo. – AFP

Dua minit kemudian, perancang tengah Argentina Ever Banega merapatkan jurang untuk Sevilla dengan hasil gerakan solo yang hampir memastikan semula tiket mereka ke final.

Celta berpeluang untuk melebarkan jurang kepada dua gol sekali lagi, namun John Guidetti yang dijatuhkan oleh Rico dalam kotak penalti gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diambil selepas percubaannya dihalang palang gol.

Sevilla akhirnya mengikat kembali kedudukan hanya tiga minit sebelum tamat perlawanan apabila pemain sayap Ukraine Yevhen Konoplyanka menjaringkan bola muntah percubaan Vitolo yang dihalang penjaga gol Celta, Ruben Blanco. Mereka akan membuat perhitungan dengan juara bertahan Barcelona yang layak ke final dengan mudah selepas menewaskan Valencia secara agregat 8-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam. – Reuters