Sevilla benam Betis

Sevilla benam Betis

MADRID, 21 Sept – Pemain antarabangsa Argentina, Gabriel Mercado menjaringkan gol kemenangan ketika Sevilla naik ke tangga kedua La Liga menerusi kemenangan 1-0 mengatasi pencabar utamanya, Real Betis kelmarin.

Ia adalah jaringan pertama Mercado buat kelab berkenaan hasil hantaran percuma pemain tengah pinjaman dari Manchester City, Samir Nasri yang memberikan penyandang gelaran Liga Europa itu kemenangan selama empat tahun dalam saingan tetangga Seville itu dalam La Liga.

Betis patut merasa marah sejurus selepas jaringan Mercado pada minit ke-51 apabila jaringan penyamaan Alex Alegria dikatakan ofsaid ketika berdepan Ruben Castro.

Sevilla mengatasi Barcelona dan Atletico Madrid untuk kedudukan kedua menjelang pertemuan di Camp Nou awal pagi esok dan hanya satu mata di belakang pendahulu Real Madrid.

Skuad bimbingan Jorge Sampaoli mencipta kemenangan ketiga berturut-turut di laman sendiri menerusi serangan yang baik dalam saingan panas dipenuhi kekasaran yang menyaksikan sembilan pemain dilayangkan kad.

Gabriel Mercado (bawah) dari Sevilla terjatuh selepas menjaringkan gol ketika menentang Real Betis di stadium Ramon Sanchez Pizjuan, kelmarin. – AFP
Gabriel Mercado (bawah) dari Sevilla terjatuh selepas menjaringkan gol ketika menentang Real Betis di stadium Ramon Sanchez Pizjuan, kelmarin. – AFP

Nasri mempunyai pembukaan jelas sebelum rehat tetapi rembatannya dapat dibaca Antonio Adan selepas kecelaruan antara penjaga gol Betis dan pertahanannya membenarkan pemain dari Perancis itu mendapat peluang jaringan.

Adan juga harus dipersalahkan kerana gol itu apabila beliau gagal untuk mengelakkan usaha lemah Mercado dari belakang pemain Argentina itu untuk mendapatkan hantaran Nasri.

Bolos itu memaksa Betis mengasak buat kali pertama dalam permainan dan pergerakan cantik selepas itu sepatutnya memberikan gol penyamaan tiga minit kemudian.

Sebelum itu, Malaga bangkit dari ketinggalan untuk mencipta kemenangan pertama musim ini hasil jaringan penyerang remaja Maghribi, Youssef En-Nesyri 15 minit sebelum tamat ketika kemenangan 2-1 mengatasi Eibar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA