Sevilla cari penawar di Eropah

Sevilla cari penawar di Eropah

MADRID, 14 Sept (AFP) – Keyakinan dilihat hanya sementara apabila Sevilla menentang Borussia Moenchengladbach pada perlawanan pembukaan Liga Juara–Juara esok dengan kedua-dua pasukan masih memburu kemenangan pertama musim ini.

Sevilla haya mengutip dua mata daripada tiga perlawanan pembukaan La Liga apabila tewas kepada Barcelona 5-4 selepas masa tambahan dalam persaingan Piala Super UEFA bulan lalu.

Bagaimanapun, pasukan dari Sepanyol itu memiliki kelebihan psikologi selepas menewaskan Moenchengladbach dalam dua perlawanan untuk kemenangan 4-2 menerusi agregat dalam laluan untuk memenangi Liga Europa musim lalu.

Satu lagi musim panas yang sibuk hadir dan pergi di Sanchez Pizjuan dilihat sebagai salah satu alasan permulaan perlahan dalam kempen pasukan Unai Emery. Bagaimanapun, pasukan Andalusia itu juga dilanda beberapa kecederaan.

Pemain Sevilla berlatih di Deportivo semalam sebagai persediaan untuk aksi Liga Europa menentang Monchengladbach. – AFP
Pemain Sevilla berlatih di Deportivo semalam sebagai persediaan untuk aksi Liga Europa menentang Monchengladbach. – AFP

Penjaga gawang Beto menjadi pemain terbaru yang dipaksa berehat selepas mengalami kekejangan ligamen di lutut kanan yang dijangka akan merehatkannya sehingga enam minggu dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 di Levante pada Jumaat.

Pertahanan Adil Rami, Nico Pareja dan Daniel Carrico tidak akan beraksi kerana mengalami kecederaan. Permulaan Moenchengladbach dalam musim Bundesliga adalah lebih buruk sehingga berada di kedudukan tercorot setelah tewas empat perlawanan pembukaan buat kali pertama dalam sejarah kelab.

ARTIKEL YANG SAMA