Sevilla kekal...

Sevilla kekalkan pemburuan La Liga

MADRID, 13 Feb – Sevilla mendekati pendahulu La Liga, Real Madrid kepada tiga mata hasil jaringan tunggal pemain gantian, Jaoquin Correa telah memastikan kemenangan 1-0 Sevilla ke atas Las Palmas.

Las Palmas merupakan pasukan yang bermain lebih baik di sebahagian besar 90 minit, tetapi terperangkap dengan satu pergerakan apabila Correa berlari mendapatkan tandukan ke depan Vicente Iborra bagi jaringan pertamanya dalam La Liga.

Real Madrid mendahului Barcelona dengan satu mata di puncak, tetapi juga mempunyai dua perlawanan di tangan. Perlawanan liga pertama di tempat sendiri bagi penampilan pertama Jese Rodriguez telah dicemari dengan kekalahan itu.

Jese mendapat peluang keemasan yang pertama ketika perlawanan baru memasuki tujuh minit, tetapi rembatannya lebih ke arah Sergio Rico, yang telah membuat penyelamatan selesa.

Di penghujung gawang, Javi Varas telah menghasilkan satu tampanan menakjubkan beberapa minit sebelum rehat bagi mencegah Sevilla mendapat pendahuluan melalui Franco Vazquez.

Las Palmas pasti menyesali siri peluang yang mereka lepaskan tidak lama selepas separuh masa kedua disambung, apabila Rico membuat dua aksi menyelamat daripada voli David Simon dan rembatan melencong Alen Hallilovic. – AFP