Sevilla pertahan trofi Liga Europa

Sevilla pertahan trofi Liga Europa

BASEL, SWITZERLAND, 19 Mei (AFP) – Sevilla merangkul trofi Liga Europa kali ketiga berturut-turut ketika Coke Andujar menyumbatkan dua gol pada babak kedua untuk memastikan kemenangan kelab Sepanyol itu ke atas Liverpool pada pentas final di Basel, awal pagi tadi.

Daniel Sturridge meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-35 ketika perlawanan di St-Jakob Park, tetapi Kevin Gameiro menyamakan kedudukan sebaik sepak mula babak kedua bermula.

Coke kemudiannya memastikan Sevilla mengukuhkan cengkaman pada minit ke-64 sebelum menambah gol kedua peribadi ketika perlawanan berbaki enam minit.

Bagi Sevilla, ia adalah gelaran kelima Liga Europa buat kelab Sepanyol itu dalam tempoh 11 tahun dengan Liverpool cuba menamatkan kemarau di pentas Eropah yang kali terakhir diraih pada 2001.

Pemain Sevilla meraikan kejayaan bersama trofi kemenangan mereka selepas berjaya menewaskan Pasukan Liverpool FC pada perlawanan akhir UEFA Europa di Stadium St Jakob-Park di Basel, semalam. – AFP
Pemain Sevilla meraikan kejayaan bersama trofi kemenangan mereka selepas berjaya menewaskan Pasukan Liverpool FC pada perlawanan akhir UEFA Europa di Stadium St Jakob-Park di Basel, semalam. – AFP

Kemenangan bakal memberikan Sevilla tike ke saingan lebih berprestij, Liga Juara-Juara musim depan sambil mengesahkan tiada persaingan di pentas Eropah buat skuad bimbingan Jurgen Klopp.

Kejayaan Sevilla menyaksikan Sepanyol menguasai bola sepak Eropah di peringkat kelab selepas dua kelab dari negara itu, Atletico Madrid dan Real Madrid turut dijadual bertemu dalam final Liga Juara-Juara, minggu depan.

ARTIKEL YANG SAMA