Sevilla pinjam Nasri semusim

Sevilla pinjam Nasri semusim

FILES-FBL-AUS-ENG-PR-MAN CITY-MELBOURNEMADRID, 1 Sept – Pemain midfield Perancis Samir Nasri (gambar) telah menyertai pasukan La Liga Sevilla dari Manchester City dengan persetujuan pinjaman selama semusim, kedua-dua pasukan mengesahkan semalam.

Nasri menjaringkan 27 gol dan memenangi dua gelaran Liga Perdana dalam tempoh lima tahun di Manchester, tetapi selepas dibelenggu kecederaan pada musim 2015/16, bos baru City, Pep Guardiola telah mengkritik keadaannya apabila berat badannya meningkat.

“Pemain penyerang itu tiba dengan pinjaman dari Manchester City sehingga 30 Jun 2017 tanpa pilihan untuk pembelian,” kata Sevilla dalam kenyataan.

“@ManCity, ia adalah satu kegembiraan menerusi semua orang di kelab itu dan peminat bagi lima tahun yang menarik dan mengharapkan yang terbaik sepanjang musim,” Nasri menyatakan dalam akaun Twitter rasminya.

Selepas beraksi mengagumkam sebagai pemain gantian pada 15 minit terakhir dalam kemenangan City 3-1 ke atas West Ham Ahad lalu, Guardiola membuka pintu bagi Nasri untuk kekal dan berjuang mendapatkan tempatnya di Etihad.

“Samir tiba dengan bera badan tetapi selepas tujuh hari, 10 hari, menarik juga melihat bagaimana dia berlatih. Kualitinya pada peringkat lain,” kata Guardiola. “Ia bergantung kepadanya. Jika dia mahu membantu kami dan kekal menjadi sebahagian sesuatu, itu bergantung kepadanya.”

Bagaimanapun, Nasri menghadapi persaingan sengit daripada pemain seperti David Silva, Kevin de Bruyne, Raheem Sterling dan pemain baru Leroy Sane dan Gabriel Jesus bagi tempat dalam pasukan berwajah baru Guardiola.

Sebaliknya, pemain berusia 29 tahun itu memiilih untuk mencuba dan melancarkan kembali kerjayanya di Sepanyol bersama juara Liga Europa, Sevilla yang menawarkan tarikan persaingan Liga Juara-Juara. – AFP