Sevilla terus buru kejuaraan ketiga

Sevilla terus buru kejuaraan ketiga

SEVILLE, Sepanyol, 18 Mac (AFP) – Tiga kelab Sepanyol termasuk juara bertahan, Sevilla antara lapan pasukan yang mara ke saingan suku akhir Liga Europa bagi musim ini. Dua lagi adalah Athletic Bilbao dan Villarreal.

Turut menyertai kelab berkenaan adalah Borussia Dortmund dari Jerman, Liverpool (England), Braga (Portugal), Shakhtar Donetsk (Ukraine) dan Sparta Prague (Republik Czech) Saingan peringkat 16 pasukan terbaik berlangsung malam tadi.

Pemburuan Sevilla untuk merekodkan kejayaan ketiga berturut-turut trofi Liga Europa, kekal di landasan selepas menewaskan Basel 3-0 untuk menempah tiket ke pusingan suku akhir.

Memasuki pusingan kedua timbal balik dengan keputusan 0-0 pada perlawanan pertama di Switzerland malam tadi, dua gol daripada Kevin Cameiro selepas gol pembukaan Adil Rami pada babak pertama memastikan kejayaan pasukan itu.

Keputusan itu turut menambah rekod kemenangan Sevilla dalam perlawanan Liga Europa di tempat sendiri kepada 11 – kejayaan terpanjang dalam sejarah kejohanan.

Kevin Gameiro ketika menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Basel. Sevilla mara ke saingan suku akhir Liga Europa bagi musim ini selepas berjaya menewaskan Basel dengan jaringan 3-0. – Reuters
Kevin Gameiro ketika menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Basel. Sevilla mara ke saingan suku akhir Liga Europa bagi musim ini selepas berjaya menewaskan Basel dengan jaringan 3-0. – Reuters

Pasukan bimbingan Unai Emery itu memenangi 17 perlawanan dalam semua kejohanan di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan. Stadium itu menjadi satu daripada kubu bagi bola sepak Eropah pada musim 2015-16.

Beberapa pasukan yang masih meneruskan saingan dalam kejohanan itu pastinya mahu mendapatkan peluang memperoleh keputusan positif di Andalucia dalam pusingan suku akhir nanti.

Sevilla masih dengan peluang memenangi Liga Europa bagi tahun ketiga berturut–turut selepas menewaskan juara dari Switzerland, Basel, 3-0.

Selepas keputusan tanpa jaringan pada perlawanan pertama, Basel dilihat untuk meningkatkan harapan mereka untuk mara ke final yang akan diadakan di stadium sendiri, tetapi Sevilla memiliki rekod menggerunkan di lama sendiri dan Adil Rami meletakkan mereka didepan sebelum pemain penyerang dari Perancis, Kevin Gameiro menambah satu lagi jaringan pantas-

Penyingkiran Basel daripada kejohanan itu pula bermakna mereka terlepas peluang ke final Eropah di laman sendiri yang mana aksi akhir Liga Europa akan diadakan di St Jakob-Park pada 18 Mei ini.

ARTIKEL YANG SAMA