Sevilla terus mara

Sevilla terus mara

SEVILLE, Sepanyol, 28 Sept – Sevilla mengorak langkah besar apabila berjaya melonjakkan diri memasuki peringkat kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh enam tahun selepas tandukan Wissam Ben Yedder memastikan kemenangan 1-0 ke atas Lyon, kelmarin.

Ben Yedder mudah melakukan tandukan ke arah gawang kosong, namun sebelum itu Luciano Vietto tidak dapat melupakannya apabila dia menyepak tinggi penalti lalu terkena palang gawang pada 20 minit.

Sebelum tamat perlawanan Lyon cuba menjaringkan gol menerusi Nabil Fekir dan Corentin Tolisso, tetapi Sevilla lebih berhak memenangi perlawanan itu di babak kedua.

Kejayaan itu meletakkan pasukan Jorge Sampaoli menyamakan kedudukan dengan Juventus di kedudukan teratas Kumpulan H dengan empat mata selepas juara Itali itu memperoleh kejayaan 4-0 menentang Dinamo Zagreb.

Lyon jatuh ke kedudukan ketiga dengan ketinggalan satu mata di belakang. “Ia adalah sukar untuk digambarkan kerana adanya perbezaan besar antara babak pertama dan kedua,” kata Sampaoli.

Ben Yedder (kanan) menyaksikan bola menggegar jaring untuk gol tunggal perlawanan yang mengecewakan Lyon di stadium Ramon Sanchez-Pizjuan di Sevilla, kelmarin. – AP
Ben Yedder (kanan) menyaksikan bola menggegar jaring untuk gol tunggal perlawanan yang mengecewakan Lyon di stadium Ramon Sanchez-Pizjuan di Sevilla, kelmarin. – AP

“Sukar untuk menjelaskan mengapa ada perbezaan yang begitu besar. Babak kedua adalah setakat ini yang terbaik pernah kami main di Sevilla. Malangnya, kami tidak berjaya mengambil peluang.”

Dan jurulatih Lyon, Bruno Genesio berharap ketidak mampuan Sevilla untuk menambah lagi kemenangan bakal berlaku jika tidak mereka berkemungkinan bertemu dalam 16 pasukan terakhir.

“Ada kemungkinan yang ia akan ditentukan pada perlawanan terakhir di laman sendiri menentang Sevilla dan perbezaan gol bakal menjadi penting,” kata Genesio.

“Malam ini kami keciciran mata dalam persaingan untuk tempat kedua tetapi kami telah menunjukkan bahawa kami boleh bersaing. – AFP