Sevilla teruskan penguasaan

Sevilla teruskan penguasaan

MADRID, 6 Mei (AFP) – Sevilla kekal di landasan terbaik untuk menjuarai Liga Europa buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Shakhtar Donetsk 3-1 awal pagi tadi.

Dua gol Kevin Gameiro membantu Sevilla meraih kemenangan agregat 5-3 sekali gus menempah pertemuan final dengan Liverpool. Skuad Andalusia itu sudah empat kali menjuarai kejohanan berkenaan sepanjang tempoh 10 tahun lalu dan berpeluang layak ke Liga Juara-Juara musim depan sekiranya berjaya mengatasi anak buah Jurgen Klopp di Basel pada 18 Mei ini.

Turun dengan bekalan selesa dua gol di tempat lawan pada aksi pertama minggu lalu, Gameiro melebarkan kedudukan dengan gol pembukaan seawal minit kesembilan pada aksi timbal balik berkenaan.

Aksi Gameiro ketika mengawal bola pada perlawanan separuh akhir menentang Shakhtar di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, semalam. – AP
Aksi Gameiro ketika mengawal bola pada perlawanan separuh akhir menentang Shakhtar di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, semalam. – AP

Bekas penyerang Arsenal, Eduardo memberi harapan seketika buat skuad dari Ukraine apabila menyamakan kedudukan seminit sebelum rehat.

Bagaimanapun Sevilla pantas mengukuhkan kembali kedudukan dengan gol kedua Gameiro sebaik perlawanan bersambung, dan gol ke-28 dirinya musim ini.

Bek kanan dari Brazil, Mariano meledak gol ketiga Sevilla untuk memastikan kemenangan buat juara bertahan itu.