Sexwale simpati dengan Blatter

Sexwale simpati dengan Blatter

LONDON, 12 Jan (Reuters) – Calon presiden FIFA, Tokyo Sexwale merasa simpati bagi Sepp Blatter, presiden yang digantung oleh badan induk bola sepak yang dibelenggu skandal, dan menggambarkan tugasannya sebagai satu “monumen.”

Sexwale, seorang ahli perniagaan Afrika Selatan dan ahli politik, adalah salah seorang daripada lima calon yang akan menggantikan Blatter, yang diharamkan selama lapan tahun bersama bos bola sepak Eropah, Michel Platini oleh jawatankuasa etika FIFA.

“Saya bersimpati dengannya,” Sexwale memberitahu Sky Sports. “Dia adalah seorang sahabat. Saya telah bercakap menerusi telefon bersama Blatter dan Platini, dan mereka adalah pemimpin, jadi mereka perlu berdepan dengannya.

“Mereka terpaksa menghadapi kesilapan mereka, tetapi tidak melupakan kebaikan yang telah dilakukan.”

Calon Presiden FIFA Sexwale melahirkan rasa simpati atas nasib yang ditimpa oleh Sepp Blatter. - Reuters
Calon Presiden FIFA Sexwale melahirkan rasa simpati atas nasib yang ditimpa oleh Sepp Blatter. – Reuters

Blatter merupakan presiden FIFA dari 1998 sehingga Disember, dan sebelumnya adalah menjawat Setiausaha Agung.

Bekas ketua dari Switzerland itu memuji dirinya dengan mempromosikan perkembangan bola sepak di seluruh dunia dan menjadi ketua FIFA apabila Afrika Selatan menjadi negara pertama Afrika untuk menghoskan Piala Dunia pada 2010.

“Tugas Blatter adalah satu monumen yang berdiri bagi dirinya.

Ia satu kedudukan yang tidak dapat dipindahkan,” kata Sexwale.