SFO Britain bantu siasatan FIFA

SFO Britain bantu siasatan FIFA

LONDON, 28 Okt (Reuters) – Pejabat Penyiasatan Penipuan Serius (SFO) Britain menerima maklumat terbaru mengenai pelaburan wang haram sebagai sebahagian siasatannya ke atas badan induk bola sepak dunia FIFA, menurut ketua agensi itu semalam.

SFO berkata pada Mei lepas ia memeriksa maklumat berkaitan kemungkinan wujudnya amalan rasuah dalam lingkungan badan dunia itu selepas Amerika Syarikat mendakwa para pegawai FIFA dengan penipuan, rasuah dan pelaburan wang haram.

Memberikan pengemaskinian ke atas penyiasatan UK kepada jawatankuasa anggota perundangan British, pengarah SFO David Green berkata agensi itu masih memeriksa beberapa isu sekitar kemungkinan pelaburan wang haram dan berpendapat ia dapat memeriksa FIFA di bawah undang-undang rasuah.

“Kami masih memeriksa isu-isu sekitar kemungkinan berlaku pelaburan wang haram,” katanya. “Saya masih belum dapat memberikan maklumat terperinci tetapi terdapat beberapa aspek ke arah itu dan beberapa maklumat baru ada kami peroleh baru-baru ini.”

Green berkata bahawa pembayaran Au$500,000 daripada jawatankuasa bidaan Piala Dunia 2022 Australia kepada bekas naib presiden FIFA Jack Warner di Trinidad dan Tobago turut disiasat, selepas dakwaan bahawa wang itu mungkin disalurkan melalui London.

“Saya tidak boleh mengesahkan bahawa wang disalurkan melalui London, ia setentunya bermula di Sydney dan kelihatannya berakhir di Trinidad,” katanya.

“Ya, ia mungkin pelaburan wang haram. Sama ada wang itu datang melalui London adalah penting,” tambahnya, sambil menyebut mengenai bidang kuasa.

Green berkata SFO menyedari bahawa warga Amerika Syarikat, Chuck Blazer, yang dikenakan dakwaan oleh Jabatan Keadilan AS dan mengaku bersalah ke atas beberapa dakwaan rasuah, berada di London pada Julai dan Ogos 2012 serta menemui degan “anggota keluarga FIFA”.