SFO tubuh badan penyiasat Airbus

SFO tubuh badan penyiasat Airbus

LONDON, 8 Ogos – Pejabat Serious Fraud Britain (SFO) berkata semalam ia telah membuka penyiasatan jenayah ke atas Airbus Group, menyiasat dakwaan penipuan, penyogokan dan rasuah.

“Dakwaan ini berkaitan luar aturan perunding pihak ketiga,” SFO berkata dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa berkata ia telah membuka penyiasatan dalam bulan Julai dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil.

Seorang jurucakap SFO berkata butiran tambahan penyiasatan tidak akan didedahkan sehingga dakwaan dikemukakan atau penyiasatan digugurkan.

Pembuat kapal terbang Eropah, Airbus berkata ia mengetahui tentang penyiasatan itu dan firma penerbangan telah bekerjasama dengan para penyiasat.

“Airbus Group telah dimaklumkan oleh SFO bahawa ia telah membuka penyiasatan jenayah ke atas dakwaan penipuan, penyogokan dan rasuah dalam perniagaan penerbangan awam Airbus Group berkaitan dengan luar aturan berhubung perunding pihak ketiga,” syarikat itu berkata dalam satu kenyataan.

“Airbus Group terus bekerjasama dengan SFO,” kenyataan itu mengakhiri.

Syarikat itu telah dimaklumkan Jumaat lalu bahawa pihak berkuasa telah melancarkan penyiasatan, seorang jurucakap Airbus memberitahu AFP.

“Kami sendiri telah mengesan isu itu dan telah sendiri mendedahkannya kepada pihak berkuasa.

“Ini adalah usaha dasar kami mempertingkatkan anti rasuah. Pihak pengurusan telah mengambil langkah mantap dan berazam untuk menyelesaikan isu ini dengan kerjasama dengan pihak berkuasa,” kata jurucakap Jeremy Greaves. – AFP