Shabulicious baru kini dibuka

Shabulicious baru kini dibuka

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Setelah dua cawangannya di Delima dan Batu Bersurat, restoran stimbot terkenal di negara ini, Shabulicious telah membuka cawangan terbarunya di The Food Arena, Sri Q-Lap Plaza

Dengan membawakan slogan “Your Healthy Choice of Freshness,” Shabulicious sekali lagi melakar sejarahnya tersendiri apabila restoran berkenaan menambah lagi barisan produk makanan di The Food Arena.

Sejak diperkenalkan empat tahun lalu, Shabulicious kini menampilkan barisan menu baru di kesemua cawangannya dan turut menawarkan pelbagai promosi menarik bagi set makanan dan minumannya sempena pembukaan cawangan barunya ini.

Menurut jurucakap restoran berkenaan, bersempena dengan pembukaan cawangan di Kiulap itu semua pelanggan akan menerima potongan harga 15 peratus selama tiga minggu sehingga 30 September 2015.

Antara yang menjamu selera pada hari pertama Shabulicious cawangan di Sri Q-Lap Plaza dibuka.
Antara yang menjamu selera pada hari pertama Shabulicious cawangan di Sri Q-Lap Plaza dibuka.

Selain hidangan stimbotnya yang terkenal, Shabulicious turut menampilkan Tepanyaki di cawangan Delima dan kini di Kiulap serta beberapa barisan makanan baru termasuk sup tulang yang menyelerakan.

Antara produk terbaru yang perlu dicuba, termasuk minuman istimewa Shabulicious Matterhorn, minuman ais kisar bersama nenas, cendol, cincau, biji nipah, lemon dan longan, yang menurut jurucakapnya, sesuai diminum ketika cuaca panas.

Cawangan baru ini sangat sesuai bagi juadah sekeluarga dan kumpulan besar serta mereka yang ingin mencari pelbagai jenis makanan di satu tempat yang sama.

Menurut jurucakap itu lagi, mereka yang menikmati hidangan di sana boleh juga boleh mendapatkan makanan lain di dalam The Food Arena dan makan di Shabulicious bagi memastikan semua cita rasa pelanggan ditepati.

ARTIKEL YANG SAMA