Shah United anjur majlis kesyukuran, berbuka puasa

Shah United anjur majlis kesyukuran, berbuka puasa

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Pada 10 Julai lalu, Shah United telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan doa kesyukuran untuk pihak pengurusan dan pemain di atas kejayaan dalam edisi pertama Liga Futsal Brunei musim 2015 di kediaman Pengerusi Kelab, YM Haji Syed Md Yusuf bin Haji Syed Anayatullah Shah di Kampung Salambigar.

Acara dimulakan dengan ucapan wakil pengurusan iaitu pemilik Shah Utd sendiri, Haji Syed Yaqub Shah dan pengarah kelab, Haji Yusuf bin Dato Haji Thani dan juga wakil pemain yang juga ketua pasukan Arif bin Haji Awg Eisa.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sagu hati kepada pihak pengurusan yang terlibat dan anugerah pemain terbaik 2015, doa kesyukuran, berbuka puasa dan sembahyang berjemaah Magrib.

Awang Abdul Khabiir bin Haji Ismail dipilih sebagai Pemain terbaik Shah United musim 2015, Md Dhiya Baidhawi bin Damit telah dipilih sebagai pemain muda terbaik dan Awang Muhammad Arib bin Haji Umar pula dipilih sebagai penjaga gol terbaik.Awang Ulfi Aminuddin dengan 12 gol adalah penjaring terbanyak dan pemain dengan ‘most assists’ dianugerahkan kepada Awang Fakhri bin Haji Bangkul.

Pemain dan pihak pengurusan Shah United yang turut menjayakan majlis kesyukuran dan berbuka puasa, baru-baru ini.
Pemain dan pihak pengurusan Shah United yang turut menjayakan majlis kesyukuran dan berbuka puasa, baru-baru ini.