Shahnon harumkan nama negara

Shahnon harumkan nama negara

Oleh Dr. Fahmi Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Pelumba basikal Shahnon Basman telah mengharumkan nama negara setelah mendapat tempat ketiga secara keseluruhan dalam Kategori Veteran Lumba Basikal Klang Premier Century Ride, baru-baru ini.

Perlumbaan sejauh 135km itu disertai oleh 1,500 pelumba dari dalam dan luar negara termasuk Malaysia. Acara tahunan ini telah masuk tahun ketiga yang dianjurkan untuk menggalakkan budaya hidup sihat di samping mempromosikan pelancongan di daerah Klang.

Laluan perlumbaan yang agak rata memberi kelebihan kepada Shahnon untuk mempamerkan kayuhan bertenaga dan mantap bersaing dengan pelumba lain.

Walau bagaimanapun, angin dan permukaan jalan yang tidak sempurna memberikan cabaran kepada para pelumba sehingga hampir 10 kemalangan berlaku sepanjang perlumbaan.

Shahnon dan rakan sepasukan G530; Fahmi Ibrahim, Reza Feizal dan Rizal Salleh amat bernasib dapat mengelak kemalangan walaupun perlumbaan adalah agak laju dengan purata kelajuan mencapai 40 km/j.

Shahnon Basman semasa majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.
Shahnon Basman semasa majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Shahnon yang dibantu rakan sepasukan berjaya menempatkan diri di kelompok utama (peloton), dan strategi yang dirancang lebih awal itu ternyata membuahkan hasil apabila Shahnon mendapat posisi terbaik di 3km terakhir.

Ini adalah kejayaan besar untuk Shahnon kerana menjadi pelumba terbaik Asia di belakang pemenang tempat pertama; Brian Johnson (AS) dan Craig Green (Great Britain) di tempat kedua.

Lebih manis lagi kerana ini adalah kejayaan kedua dalam tempoh seminggu oleh Shahnon setelah menjuarai Kota Kinabalu City Cycling Festival (100 km) pada minggu sebelumnya.

Pencapaian Shahnon dikongsi bersama rakan sepasukan G530 dan patut dibanggakan kerana ia menunjukkan pelumba jati Brunei mampu bersaing di luar negara dan mencipta kejayaan.

Ia menunjukkan sukan berbasikal Brunei berkembang secara sihat dan berupaya melahirkan pelumba yang hebat.

ARTIKEL YANG SAMA