Shakhtar sasaran CR7

Shakhtar sasaran CR7

MADRID, 14 Sept (AFP) – Cristiano Ronaldo menumpukan pandangannya untuk lebih melakar lebih banyak rekod jaringan apabila Real Madrid memulakan kempen dalam Liga Juara–Juara di tempat sendiri menentang Shakhtar Donetsk esok.

Ronaldo menjadi penjaring terbanyak Los Blanco sepanjang masa dalam La Liga Sabtu lalu dengan menjaringkan lima gol ketika membenam Espanyol 6-0 untuk berada di depan legenda kelab Raul dan Alfredo di Stefano.

Pemain Terbaik Dunia itu sekarang ketinggalan lima mata yang juga mengatasi rekod Raul sebagai penjaring terbanyak Madrid dalam semua perlawanan setelah beraksi 400 perlawanan dan kurang sedikit berbanding pemain dari Sepanyol dengan jersi Madrid itu.

Bagaimanapun, dia berpeluang untuk menyaingi Lionel Messi sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Juara–Juara dengan dua pemain terbaik dunia itu terikat masing–masing dengan 77 gol.

“Seseorang yang menjaringkan lebih banyak gol mempunyai tempat dalam sejarah untuk selamanya seperti Raul atau Di Stefano,” kata jurulatih Madrid Rafael Benitez.

Reaksi Ronaldo selepas menjaringkan gol semasa menentang Espanyol untuk aksi liga di stadium Power8 di Cornella de Llobregat, 12 September lalu.
Reaksi Ronaldo selepas menjaringkan gol semasa menentang Espanyol untuk aksi liga di stadium Power8 di Cornella de Llobregat, 12 September lalu.

“Saya rasa kami bercakap mengenai tiga pemain bersejarah dan saya berharap Cristiano terus menambah golnya untuk kebaikannya dan pasukan.”

Membenam Espanyol bermakna pasukan Benitez itu menjaringkan 11 gol dalam dua perlawanan, sekali gus mengetepikan ketakutan pra musim di mana bekas pengurus Liverpool dan Chelsea itu menegaskan pendekatan lebih defensif musim ini.

Salah satu tugasan terbesar Benitez apabila dia diserahkan tugas itu adalah untuk mendapatkan yang terbaik dari Gareth Bale selepas musim kedua yang mengecewakan di Bernabeu.

Pemain dari Wales itu berkembang dengan lebih banyak peranan di bahagian tengah setakat musim ini dan terlibat dalam lima daripada enam gol Madrid pada hujung minggu biarpun gagal untuk mencetak jaringan.

ARTIKEL YANG SAMA