Shanghai dahului jualan pasaran serantau

Shanghai dahului jualan pasaran serantau

HONG KONG, 14 Sept (AFP) – Shanghai memimpin penjualan pasaran serantau hari ini selepas satu lagi data China yang mengecewakan pada hujung minggu, dengan pelabur menumpu pada keputusan kadar faedah AS pada akhir minggu.

Tidak timbulnya reaksi terhadap berita di mana Beijing berhasrat membaik pulih firma milik kerajaannya dalam usaha untuk memberikan rangsangan kepada ekonomi nombor dua dunia, sementara satu pemulihan sebelumnya dalam beberapa aset yang lebih berisiko beransur hilang.

China semalam mengeluarkan satu lagi set angka yang menekankan kelemahan dalam ekonomi besarnya – penjana utama pertumbuhan global – ekoran laporan lemah pada minggu lalu. Kerajaan berkata pertumbuhan dalam pengeluaran industri meningkat di bawah jangkaan pada Ogos sementara jualan runcit bertambah lebih pesat daripada diramalkan.

Satu pengukur pengeluaran pada bulan ini menunjukkan sektor tersebut mengecut pada Ogos, sementara inflasi dalam harga pengguna naik tetapi mereka di kilang merosot pada kadar paling pesat mereka dalam enam tahun disebabkan permintaan luar negara yang meleset dan pasaran harta yang lembap.

Sementara data adalah lemah, penganalisis berkata ia mungkin membawa kepada langkah pelonggaran mata wang seterusnya oleh pihak berkuasa ekoran lima pemotongan kadar faedah sejak November.

Dalam perniagaan ekuiti, Shanghai merosot 3.10 peratus pada tengah hari sementara Hong Kong adalah 0.10 peratus lebih rendah.

Seoul merosot hampir satu peratus. Tokyo merosot 1.50 peratus pada tengah hari, terjejas oleh kerugian besar dalam firma telekom selepas media melaporkan komen daripada perdana menteri Jepun mengenai keperluan untuk mengurangkan bayaran telefon bimbit.

Saham Sydney adalah lebih tinggi.

Beijing juga melancarkan satu set garis panduan pembaharuan semalam untuk menswastakan sebahagian syarikat milik kerajaannya dengan tujuan menjadikan mereka lebih kompetitif di luar negara dan menambah transparensi.

Tindakan diambil selepas pemimpin pada 2013 berkata mereka mahu pasaran memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi, mengurangkan pengaruh kerajaan dalam sektor utama seperti pengangkutan, penghasilan tenaga dan pengeluaran senjata.

ARTIKEL YANG SAMA