Shanghai Disney hampir terima sejuta pengunjung

Shanghai Disney hampir terima sejuta pengunjung

SAN FRANCISCO, 12 Julai – Ketua Eksekutif Disney, Robert Iger semalam berkata hampir sejuta orang telah mengunjungi taman tema besar hiburan itu yang dibuka kurang sebulan lalu di tanah besar China.

“Adalah selamat untuk mengandaikan hampir sejuta orang telah mengalami taman itu,” Iger berkata ketika perbualan pada persidangan Fortune Brainstorm Tech di Aspen, Colorado.

Para pengunjung ke taman itu berada lebih lama dari yang dijangkakan setiap hari dan menunjukkan kesukaan pada makanan China seperti burger keju dan kaki ayam turki, menurut Iger lagi.

“Kami memperkenalkan kaki ayam turki ke China,” Iger berseloroh.

“Yang mana saya menyangka itu adalah satu kesilapan, tetapi kami menjual 3,000 sehari.”

Setiap kaki turki, yang bersumber dari Poland, berharga lebih AS$8.

Disney menetapkan bayaran masuk pada 499 yuan ketika masa puncak dan 370 yuan bagi masa-masa yang lain, di sebuah negara yang mana purata pendapatan bulanan hanya AS$278.

Gambar dari udara yang diambil pada 15 Jun menunjukkan Shanghai Disney Resort di Shanghai, timur China. - Xinhua
Gambar dari udara yang diambil pada 15 Jun menunjukkan Shanghai Disney Resort di Shanghai, timur China. – Xinhua

Disney telah membuka taman tema Shanghai kepada orang ramai pada pertengahan Jun, dengan berharap akan memikat golongan kelas pertengahan yang semakin bertambah di China yang diperintah komunis, dengan akhirnya membawa budaya Amerika.

Peranginan Shanghai ialah yang keenam bagi syarikat AS itu di dunia dan pertama di China – yang mana telah pun terdapat sebuah di Hong Kong.

Disney telah mengatur tarikan taman bagi China dan meninggalkan beberapa ciri-ciri utama Amerika seperti Main Street USA.

“Saya ingin sekali mengelak dari digelar imperialis budaya,” Iger berkata tentang usaha yang menyesuaikan taman Disney untuk Shanghai. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA