Shanghai Eriksson dilanda kecederaan

Shanghai Eriksson dilanda kecederaan

SHANGHAI, 23 Ogos – Bekas ketua jurulatih England Sven-Goran Eriksson bergelut untuk menyelamatkan musim SIPG Shanghai dengan pemain-pemain utama beraksi untuk suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL), perlawanan pertama di gelanggang sendiri menentang Jeonbuk Hyundai Motors hari ini.

Kelab dari Liga Super China (CSL), SIPG menandatangani pemain penyerang Hulk bagi 55 juta euro (AS$61 juta) dari Zenit St Petersburg bulan lalu, tetapi pemain dari Brazil itu hanya bertahan selama 21 minit dalam kemunculannya sebelum mengalami kecederaan, dan tidak beraksi sejak itu.

Lebih membimbangkan Eriksson, pemain perancang, Dario Conca mengalami kecederaan sendiri ketika meraikan jaringan pada minit ke-54 dalam kemenangan 4-1 SIPG ke atas Shijizhuang Everbright Jumaat lalu.

Dengan SIPG mengekori pasukan pendahulu CSL, Guangzhou Evergrande dengan 12 mata di tangga ketiga, pengurus dari Sweden itu berada di bawah tekanan bagi kejayaan utama bersama ACL.

Bercakap selepas kemenangan pasukannya ke atas Shijiazhuang, Eriksson berkata dia telah melakukan tugasannya untuk menghadapi pesaing dari Korea, Jeonbuk.

“Mereka pasukan yang bagus” jelasnya. “Kami memiliki banyak pita rakaman mengenai mereka dan kami menontonnya semalam. Kami memiliki laporan penuh mengenai mereka.”

Eriksson berkata Conca mengalami kecederaan lutut dan tidak memberikan tarikh bila dia akan kembali. Apabila ditanya jika Hulk bersedia untuk kembali beraksi, dia berkata, “Saya tidak pasti dia akan beraksi, mungkin beraksi, mungkin tidak.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA