Shanghai SIPG, Jeonbuk sekadar seri

Shanghai SIPG, Jeonbuk sekadar seri

SHANGHAI, 24 Ogos – Penyerang Brazil yang mengalami kecederaan, Hulk sekali lagi tidak beraksi ketika pasukannya Shanghai SIPG hanya mampu seri 0-0 di laman sendiri menentang Jeonbuk Hyundai Motors dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Asia semalam.

Bekas juara Al-Ain juga terikat tanpa jaringan menentang Lokomotiv dari Uzbekistan dalam kehangatan UAE bagi perlawanan Asia Barat itu.

Hulk hanya beraksi 21 minit sebelum mengalami kecederaan dalam kemunculannya pada 11 Julai lalu selepas perpindahan berprofil tinggi 55 juta euro (AS$61 juta) dari pasukan Zenit St Petersburg.

Jurulatih Shanghai, bekas pengurus England Sven-Goran Eriksson, berharap pada hujung minggu bahawa Hulk mungkin cergas untuk kembali beraksi dalam pertembungan Liga Juara-Juara.

Tetapi nama Hulk tidak disenaraikan pada kertas pasukan semalam bersama pemain utama yang lain dari Argentina, Dario Conca, yang mungkin akan direhatkan musim ini, kata kelab itu, selepas mengalami kecederaan lutut dalam persaingan domestik Jumaat lalu.

Pemain Jeonbuk, Ricardo Lopes (kanan) bersaing dengan Wang Shenchao dari Shanghai SIPG dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara AFC di Shanghai kelmarin. – AFP
Pemain Jeonbuk, Ricardo Lopes (kanan) bersaing dengan Wang Shenchao dari Shanghai SIPG dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara AFC di Shanghai kelmarin. – AFP

Peluang pertama tidak dihasilkan sehingga minit ke-25 apabila bola tinggi dapat dikawal oleh penyerang antarabangsa China, Wu Lei yang hantarannya dalam kotak penalti terlepas dari rakan penyerangnya, Elkeson.

Hanya dua minit kemudian pemain penyerang dari Brazil, yang memenangi Liga Juara-Juara Asia musim lalu bersama Guangzhou Evergrande, menyaksikan 33,000 penonton melaungkan bagi sepakan penalti apabila dijatuhkan di luar kotak penalty pasukan Jeonbuk.

Bagaimanapun pengadil perlawanan dari Australia, Benjamin Williams memberikan sepakan bebas di luar kawasan dari 18 ela yang dilakukan Elkeson terus ke dinding pemain. Pada minit ke-37, pemain penyerang Brazil bagi Jeonbuk, Leonardo hanya mengeggarkan tiang gol dengan rembatan melencong dari luar kotak penalti. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA