Shaqiri sarung jersi Stoke City

Shaqiri sarung jersi Stoke City

LONDON, 12 Ogos – Penyerang midfield Swiss Xherdan Shaqiri telah menyertai Stoke City dari Inter Milan dengan rekod bayaran kelab untuk 12 juta pound (AS$18.7 juta), kelab Liga Perdana Inggeris itu mengumumkan semalam.

Pemain antarabangsa Switzerland berusia 23 tahun itu yang menyertai Inter dari Bayern Munich Januari lalu, telah menandatangani kontrak lima tahun di Stadium Britannia. Perpindahan Shaqiri mengatasi yuran 10 juta pound Stoke untuk mendapatkan Peter Crouch dari Tottenham Hotspur pada 2011.

Shaqiri adalah pemain kesembilan menyertai Stoke musim ini dan tiba tiga hari selepas kelab memulakan kempen Liga Perdana dengan kekalahan 1-0 di tempat sendiri kepada Liverpool, di mana beliau juga menyaksikan perlawanan.

Dia hampir menyertai Stoke Julai lalu tetapi tiada persetujuan dicapai sehinggalah kelab sekali lagi mengambil keputusan untuk membangkitkan perpindahannya.

Shaqiri yang dilahirkan dari keluarga Albania di negara bekas Yugoslavia, Kosovo, berhijrah ke Switzerland bersama keluarga ketika masih damit lagi.

Shaqiri menyertai Stoke City dari Inter Milan dengan yuran 12 juta pound. – AFP
Shaqiri menyertai Stoke City dari Inter Milan dengan yuran 12 juta pound. – AFP

Beliau terkenal bersama pasukan Swiss FC Basel dengan memenangi tiga gelaran liga dan dua Piala Switzerland dan mendapat tempat dalam skuad kebangsaan, di mana dia membuat 46 penampilan dan menjaringkan 17 gol.

Beliau berpindah ke Bayern pada 2012. Walaupun memenangi beberapa trofi pada zamannya di Bavaria termasuk Liga Juara-Juara pada musim pertama, beliau gagal mengekalkan tempat dalam pasukan utama.

Beliau menyertai Inter dengan kontrak empat setengah tahun pada Januari dan membuat 20 penampilan pada separuh kedua musim lalu dan menjaringkan hanya tiga gol.

Shaqiri, yang akan memakai jersi nombor 22, membuat penampilan pertama di Tottenham Sabtu ini. – AFP