Sharapova azam patahkan badi Serena

Sharapova azam patahkan badi Serena

LONDON, 9 Julai (AFP) – Maria Sharapova berazam untuk menamatkan 11 tahun kesengsaraannya apabila berdepan Serena Williams bagi merebut tempat dalam final Wimbledon hari ini.

Bintang dari Rusia itu memenangi lima Grand Slam termasuk mahkota Wimbledon 2004 dan membangunkan jenama global yang menjadikannya atlet wanita menerima bayaran tertinggi di dunia. Tetapi pemain berusia 28 tahun itu masih merasakan kebangkitan Serena dan dia belum menemui rentaknya sejak 2004.

Pemain dari AS berusia 33 tahun itu mendahului 17-2 dalam rekod terbaik mereka, memenangi 16 pertemuan lalu mereka dan mengetepikan Sharapova daripada tiga gelaran utama – pada 2007, Terbuka Australia 2015 dan Terbuka Perancis 2013.

Serena juga memenangi kesemua empat pertemuan separuh akhir bersama Sharapova, menewaskan pemain dari Rusia itu pada pertemuan Wimbledon lalunya dalam 16 pemain terakhir pada 2010 dan membawanya ke final Olimpik 2012 di All England Club.

Selepas bergelut untuk menewaskan Victoria Azarenka dalam lapan pemain terakhir, melanjutkan kemenangannya di Grand Slam kepada 26 pertandingan dan rekod 2105 beliau kepada 37-1, Serena tidak sabar-sabar menunggu untuk menentang Sharapova sekali lagi.

Maria Sharapova mengembalikan pukulan kepada Coco Vandeweghe dalam aksi separuh akhir di Wimbledon semalam. – AFP
Maria Sharapova mengembalikan pukulan kepada Coco Vandeweghe dalam aksi separuh akhir di Wimbledon semalam. – AFP

“Saya suka menentang Maria. Saya rasa dia membawakan yang terbaik dalam diri saya. Saya rasa kami mempunyai persaingan luar biasa di Australia,” kata Serena, yang masih dalam laluan untuk memenangi empat gelaran sekali dan dalam kalendar Grand Slam pertama sejak 1988.

“Bagi saya, saya tidak merasakan sebarang tekanan dalam pertandingan ini. Berbeza bagi saya. Saya tidak mempunyai sesuatu untuk dibuktikan. Saya memenangi kesemua Grand Slam. Sekarang saya hanya menikmatinya.”

Sharapova mencetuskan salah satu kejutan di Wimbledon 11 tahun lalu apabila pada usia 17 tahun, dia menewaskan Serena dalam final untuk memenangi gelaran Grand Slam pertamanya.