Sharapova belum mampu tewaskan Serena

Sharapova belum mampu tewaskan Serena

MELBOURNE, 26 Jan – Serena Williams terus menjadi badi buat Maria Sharapova yang tewas buat kali ke-18 berturut-turut untuk memastikan slot separuh akhir Terbuka Australia, di sini, hari ini.

Kali ini, Williams yang juga juara enam kali di Melbourne Park menambah derita pemain Russia itu dengan keputusan 6-4, 6-1 dan kini menghampiri untuk menyamai rekod Steffi Graf yang memenangi 22 kejuaraan grand slam.

Kali terakhir Sharapova yang juga pilihan kelima kejohanan ini menewaskan Williams adalah pada 2004 di pentas final Wimbledon.

“Maria adalah lawan yang cukup sukar untuk dikalahkan. Beliau seorang yang cukup kuat dan begitu fokus.

Serena Williams dan Maria Sharapova berjabat tangan selepas perlawanan tersebut tamat. – Reuters
Serena Williams dan Maria Sharapova berjabat tangan selepas perlawanan tersebut tamat. – Reuters

“Dia juga pernah menghuni ranking nombor satu dunia dan memenangi banyak kejohanan Grand Slam.

“Menentang pemain sepertinya memerlukan kamu aksi lebih baik dan pada tahap intensiti tinggi,” kata Williams.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi suku akhir, lawan Williams di separuh akhir, Agnieszka Radwanska memastikan kemaraan ke kelompok empat terbaik selepas menewaskan pemain Sepanyol, Carla Suarez 6-1, 6-3. – AFP