Sharapova berentap di Singapura bulan depan

Sharapova berentap di Singapura bulan depan

NEW YORK, 11 Sept (Reuters) – Pemain tenis nombor tiga dunia Maria Sharapova akan bersaing dalam Final WTA kelapan beliau bulan depan di Singapura selepas secara rasmi melayakkan diri minggu ini, menurut badan pentadbir tenis wanita semalam.

Pemain berasal Rusia berusia 28 tahun itu yang terlepas menyertai Terbuka Amerika Syarikat kerana kecederaan, memenangi acara itu pada tahun 2004 dan selepas itu mencecah peringkat final sebanyak dua kali masing-masing pada 2007 dan 2012.

Serena Williams yang kini sedang berentap di Grand-slam, pemenang tiga kejohanan akhir tahun WTA, dan pemain Romania, Simona Halep turut menempah tiket mereka bagi kejohanan yang akan berlangsung pada 23 Oktober sehingga 1 November tersebut.

Masih terdapat lima lagi tempat untuk diisi pemain lain bagi acara berkenaan.

Maria Sharapova. – Reuters
Maria Sharapova. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA