Sharapova diejek

Sharapova diejek

PARIS, 26 Mei (AFP) – Juara bertahan Maria Sharapova mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis semalam tetapi diejek oleh peminat selepas enggan meneruskan temu bual TV di atas gelanggang.

Pilihan kedua Sharapova menewaskan Kaia Kanepi dari Estonia 6-2, 6-4 untuk menempah pertemuan menentang rakan sepasukan Piala Fed dari Rusia, Vitalia Diatchenko.

Tetapi pemain berusia 27 tahun itu membosankan penonton di Gelanggang Philippe Chatrier selepas enggan meneruskan temu bual televisyen di atas gelanggang dengan alasan suaranya tidak cukup kuat.

Dia berkata mengalami demam dan bimbang kejadian tahun lepas berulang apabila dia juga sakit semasa membuat persediaan ke Paris.

“Saya faham semua orang biasanya ditemu bual dan menjawab beberapa persoalan. Itu biasa. Saya tidak membuat alasan tetapi perlu melakukan apa yang perlu,” kata Sharapova, yang juga juara 2012 dan tempat kedua pada 2013.

Sharapova membuat pukulan semasa menentang Kaia Kanepi semalam. – AFP
Sharapova membuat pukulan semasa menentang Kaia Kanepi semalam. – AFP

Tiada masalah seperti itu bagi pilihan ketiga dari Britain, Andy Murray yang juga finalis separuh akhir dua kali dengan rekod persaingannya di atas gelanggang tanah liat 11-0 dengan kemenangan 6-3, 6-3, 6-1 ke atas Facundo Arguello dari Argentina.

Murray, dengan gelaran gelanggang tanah liat di Munich dan Madrid, bakal berdepan sama ada pemain nombor 53 dunia dari Kanada Vasek Pospisil atau pemain ranking ke-44 Portugal, Joao Sousa.

“Selalu pusingan pertama adalah sukar dan ia begitu berangin dan keadaan sukar pada permulaan,” kata Murray.

Sloane Stephens selesai di kedudukan ke-15 dan rakan senegara dari AS, Venus Williams ke-18 Terbuka Perancis pada peringkat pusingan pertama dengan kemenangan 7-6 (7/5), 6-1.