Sharapova Duta Porsche di WTA Finals

Sharapova Duta Porsche di WTA Finals

SINGAPURA, 27 Okt – Pada 21 Oktober lepas, Maria Sharapova mengambil bahagian dalam taklimat eksklusif media di Hotel Fullerton Bay di mana beliau bercakap mengenai peranan berterusannya sebagai Duta Porsche dan kemunculannya pada kejohanan WTA Finals.

Dengan ikonik Marina Bay sebagai latar belakang fotografi, Maria dan Edisi Panamera baru terletak di lokasi lingkungan penuh kecanggihan dan mengagumkan, falsafah yang diikuti oleh Maria dengan perhatian berat ke atas kehidupan dan sukan – Prestasi Kecerdasan – suatu perjalanan yang ditemui dalam Porsche Panamera, yang direka bentuk bagi keselesaan dan prestasi yang dinamik.

Porsche sudah lama menjadi penyokong bagi kejohanan tenis wanita bermula pada tahun 1978 dengan Grand Prix Tenis Porsche, kejohanan tenis wanita tertutup tertua Eropah. Sebagai penaja automotif rasmi WTA Finals di Singapura, Porsche memastikan perkongsiannya dengan tenis profesional wanita benar-benar mencapai matlamatnya.

Sharapova berpegang kepada falsafah dengan perhatian berat ke atas kehidupan dan sukan – Prestasi Kecerdasan – suatu perjalanan yang ditemui dalam Porsche Panamera, yang direka bentuk bagi keselesaan dan prestasi yang dinamik.
Sharapova berpegang kepada falsafah dengan perhatian berat ke atas kehidupan dan sukan – Prestasi Kecerdasan – suatu perjalanan yang ditemui dalam Porsche Panamera, yang direka bentuk bagi keselesaan dan prestasi yang dinamik.

Kejohanan WTA Finals berlangsung mulai 23 Oktober sehingga 1 November, dengan semua perlawanan dimainkan di Stadium Tertutup Singapura. Lapan pemain teratas perseorangan bersaing bagi Trofi Billie Jean King yang berprestij dan menyediakan rekod hadiah wang AS$7 juta, sementara lapan pasukan beregu akan bersaing bagi Trofi Martina Navratilova. Maria akan bermain dalam pusingan keempat pada esok (28 Oktober) bermula jam 7:30 malam menentang Agnieszka Radwanska.

Untuk melihat dan berkongsi temu ramah eksklusif dengan Maria Sharapova, di mana beliau bercakap mengenai minatnya dalam sukan tenis, kehidapan dan Porsche, sila layari laman social Facebook beliau di alamat https://www.facebook.com/sharapova?fref=ts.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan WTA, sila layari http://www.wtatennis.com/schedule/tournamentId/742/title/bnp-paribas-wta-finals-singapore.