Sharapova guna dadah tentera Soviet

Sharapova guna dadah tentera Soviet

MOSCOW, 9 Mac (Agensi) – Dadah jenis meldonium yang diambil jelitawan tenis Maria Sharapova, kerap diberikan kepada tentera Soviet pada tahun 1980-an bagi meningkatkan kecergasan ketika berjuang di Afghanistan dan biasanya memberi kesan perubatan dalam tempoh empat hingga enam minggu.

Sharapova digantung sementara selepas positif dadah yang turut dikenali sebagai mildronate, dengan bintang tenis Russia itu mengakui mula mengambilnya sejak 10 tahun lalu atas sebab pelbagai isu perubatan.

Bagaimanapun, Sharapova tidak menjelaskan dengan lanjut dalam pengumumannya kelmarin berapa banyak dos diambilnya sepanjang tempoh berkenaan.

Peguamnya, John J Haggerty juga enggan memberi maklumat terperinci, tetapi berkata ketika sidang media betapa dia mahu semua pihak faham keputusan Maria mengambil mildronate setiap hari selama 10 tahun bukanlah suatu kes.

Grindeks, syarikat dari Latvia yang mengeluarkan meldonium, berkata menerusi kiriman e-mel kepada The Associated Press berkata, “Bergantung kepada keadaan kesihatan pesakit, kesan meldonium untuk memulihkan penggunanya mungkin berbeza iaitu daripada empat hingga enam minggu. “Maria perlu kerap mengambil mildonrate kerana mematuhi saranan doktornya,” jelas Haggerty.

Meldonium merupakan sejenis ubat jantung yang digunakan untuk meningkatkan pengaliran darah dan tidak begitu dikenali di Amerika Syarikat, tetapi pernah menjadi ubat yang sering digunakan oleh tentera Soviet.

“Mereka semua diberi meldonium. Mereka sendiri tidak sedar mereka sudah menggunakannya. Tiada seorangpun ditanya (sama ada bersetuju dengannya) ketika itu.”

Kalvins berkata meldonium bukanlah ‘doping’ sambil menambah ia ‘membenarkan anda untuk menahan bebanan tekanan fizikal, tetapi tetap mengeluarkan tenaga dalaman seperti biasa.”

ARTIKEL YANG SAMA