Sharapova kekal dalam rancangan Olimpik

Sharapova kekal dalam rancangan Olimpik

MOSCOW, 13 April (AFP) – Russia menyatakan bahawa Maria Sharapova kekal dalam rancangan bagi kejohanan tenis di temasya sukan Olimpik Ogos ini meskipun ketika ini menghadapi penggantungan sementara akibat kegagalan ujian dadah.

Sharapova telah digantung sejak bulan lepan, apabila dia mengaku bahawa dia positif bagi bahan terlarang meldonium di Terbuka Australia. Sharapova berkata dia telah mengambil meldonium bagi tujuan perubatan bagi hampir 10 tahun dan tidak menjangka Agensi Doping Sedunia akan melarang bahan itu bagi 2016.

Presiden Persekutuan Tenis Rusia, Shamil Tarpishchev berkata dalam satu keterangan “kami amat berharap Sharapova tetap dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik.” Tiada tarikh telah diumumkan oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa bagi pendengaran bagi kes Sharapova itu, yang telah memenangi pingat perak pada Olimpik 2012.