Sharapova kembali April ini

Sharapova kembali April ini

BERLIN, 11 Jan – Maria Sharapova akan kembali beraksi dalam pertandingan tenis berikutan penggantungan selama 15 bulan di pertandingan gelanggang tanah liat WTA di Stuttgart pada April nanti, seperti yang diumumkan semalam.

Pemenang Grand Slam lima kali itu, 29, diuji positif bagi meldonium di Terbuka Australia 2016.

Penggantungannya selama dua tahun dari Persekutuan Tenis Antarabangsa, dikurangkan kepada 15 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara bagi Sukan (CAS) dan akan beraksi dalam pertandingan pertamanya di Stuttgart pada 26 April, hari ketika penggantungannya tamat.

Pada masa lalu, Stuttgart menjadi tempat pemburuan bagi Sharapova, yang hanya tewas sekali, kepada pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber pada 2015, dalam pertandingan WTA dan memenangi gelaran pada 2012, 2013 dan 2014.

Sharapova akan kembali beraksi April ini selepas digantung 15 bulan. – AFP
Sharapova akan kembali beraksi April ini selepas digantung 15 bulan. – AFP

“Saya merasa lebih gembira dengan aksi kembali saya dalam jelajah adalah di pertandingan kegemaran saya,” kata Sharapova, bekas pemain nombor satu dunia, dalam kenyataan akhbar.

“Saya tidak sabar untuk bertemu semua peminat dan kembali melakukan apa yang saya sukai.”

CEO WTA dan Pengerusi, Steve Simon berkata: “Maria layak untuk kembali ke pertandingan tenis profesional bermula pada 26 April. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA