Sharapova lawan Serena di suku akhir

Sharapova lawan Serena di suku akhir

MELBOURNE, 24 Jan – Maria Saharapova kini akan menentang musuh ketatnya Serena Williams di peringkat suku akhir Terbuka Australia apabila menang 7-5, 7-5 ke atas pemain muda dari Switzerland, Belinda Bencic pada awal persaingan di Rod Laver Arena hari ini.

Terjejas dengan beberapa pembedahan di bahu kanannya sejak 2009, servis Sharapova jarang meletakkan perbezaan dalam persaingan sengit tetapi kejayaan 21 aces adalah penting dalam menyingkirkan Bencic, pilihan ke-12, digambarkan sebagai pemenang grand slam masa depan. Pemain berbakat itu, 18, mempunyai beberapa peluang untuk mengatasi Sharapova pada set kedua tetapi servis juara grand slam lima kali itu berulang kami menjejaskannya.

Pemain itu, 28, sekarang mendahului pertandingan dengan 52 aces, sebahagian jarak dari Serena, 25, walaupun pemain dari AS itu perlu membuat pukulan yang kurang kencang dalam mara ke suku akhir.

“Saya rasa seperti sesuatu yang saya usahakan banyak kali sejak menjalani pembedahan bahu,” Sharapova memberitahu wartawan.

“Saya telah melalui banyak perbezaan pergerakan untuk cuba mendapatkan kembali rentak saya dan sesuatu yang akan bertahan banyak kali.

Maria Sharapova menunjukkan kepuasan selepas berjaya menewaskan pemain muda dari Switzerland Belinda Bencic. – Reuters
Maria Sharapova menunjukkan kepuasan selepas berjaya menewaskan pemain muda dari Switzerland Belinda Bencic. – Reuters

“Ia adalah sesuatu yang sukar untuk dicari, rentak dan keseimbangan di antara mengekalkan bahu, bukan kembali dengan banyak, kerana saya merasa sedikit longgar, terhadap pergerakan yang memberikan saya peluang untuk beraksi banyak pertandingan dan merasakan seperti saya masih tidak mampu untuk merasa letih selepas tiga, empat pertandingan sukar.

“Jadi, ya, saya rasa saya melakukan sedikit perubahan tahun lepas, tetapi saya rasa semua orang cuba untuk memperbaiki banyak perkara di sini dan sana. Ia bukanlah masalah besar. Kami selalu berusaha untuk menambah beberapa peratus.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA