Sharapova mulakan kempen menentang Makarova

Sharapova mulakan kempen menentang Makarova

BRISBANE, Australia, 1 Jan (AFP) – Maria Sharapova akan memulakan kempen Australianya dengan perlawanan menentang Ekaterina Makarova menurut jadual perlawanan kejohanan Brisbane International yang dikeluarkan hari ini.

Juara bertahan dan pemain pilihan ketiga Sharapova akan menentang pemain nombor 23 dunia Makarova dalam satu perlawanan semula daripada perlawanan separuh akhir Terbuka Australia tahun lepas.

“Ini merupakan perlawanan separuh akhir grand slam Australia tahun lepas,” juara grand slam lima kali, Sharapova memberitahu para pemberita.

“Bagi perlawanan pertama, ia merupakan perlawanan yang sangat berkualiti tinggi menentang lawan yang sukar.

Pemain nombor empat dunia Sharapova, 28, yang menewaskan Ana Ivanovic dalam perlawanan akhir tahun lepas, mengatasi rekod kalah menang 6-0 ke atas Makarova.

Sharapova yang akan memulakan kempen 2016 nya menentang Ekaterina Makarova. – Reuters
Sharapova yang akan memulakan kempen 2016 nya menentang Ekaterina Makarova. – Reuters

Sementera pemain nombor dua dunia yang pemain pilihan pertama Simona Halep mendapat ‘bye’ untuk pusingan pertama namun mungkin akan berdepan juara Terbuka Australia dua kali Victoria Azarenka di pusingan kedua.

Garbine Muguruza pula pemain pilihan kedua. Selepas ‘bye’ pusingan pertama dia sama ada akan menentang pemain Amerika Varvara Lepchenko atau Anna Karolina Schmiedlova dari Slovakia.

Kejohanan itu menampilkan sembilan daripada 20 pemain teratas dunia yang merangkumi bekas pemain nombor satu dunia Azarenka dan Jelena Jankovic.

Sementara di kategori lelaki, pemain wildcard Australia Ben Mitchell atau pemain kelayakan akan menjadi lawan pertama Roger Federer pada 2016.

Juara grand slam 17 kali Federer akan menerima ‘bye’ pusingan pertama.

Pemain pilihan ketujuh Australia Bernard Tomic akan berdepan pemain Perancis Nicolas Mahut di pusingan pertama.

Kejohanan akan bermula Ahad ini.

ARTIKEL YANG SAMA