Sharapova raih gelaran ketiga

Sharapova raih gelaran ketiga

ROM, 18 Mei – Maria Sharapova dari Rusia memanaskan badan untuk mempertahankan gelaran Terbuka Perancis dengan memenangi gelaran ketiganya pada Terbuka Itali setelah mengalahkan Carla Suarez Navarro dari Sepanyol 4-6, 7-5, 6-1 semalam.

Suarez, yang berusaha menjulang gelaran kedua sepanjang kerjayanya dengan yang pertama dari siri Masters 1000, membuat kejutan di Foro Italico selepas menghadapi kesukaran.

Pemain pilihan ke-10 dari Sepanyol itu menyaingi pemain nombor tiga dunia pada pertengahan set pembukaan menyaksikan Sharapova bekerja keras pada set kedua sebelum mencatatkan kejayaan.

Sharapova mengatasi pemain dari Sepanyol itu pada permainan kelapan set kedua dengan pendahuluan 5-3 selepas menyerahkan pesaingnya tiga mata break pada permainan seterusnya sebelum berjaya menyamakan persaingan.

Sharapova mengakui dia melakukan terlalu banyak kesilapan pada set pembukaan dan memulakan kedua, tetapi berkata: “Saya rasa kesilapan yang saya lakukan…adalah terlalu hampir. Saya merasakan saya melakukan perkara yang betul dan gembira mendapati diri saya berpeluang untuk menebusnya.

Maria Sharapova menjulang trofi Terbuka Itali selepas menewaskan Carla Suarez Navarro semalam. – AFP
Maria Sharapova menjulang trofi Terbuka Itali selepas menewaskan Carla Suarez Navarro semalam. – AFP

“Dia seorang pemain yang menarik dan boleh melangkah masuk, boleh melangkah ke belakang. Dia berada jauh dari garisan dan saya rasa saya mendapatkan kelebihan itu. Saya rasa saya masih baru dan merasakan saya lebih agresif.”

Suarez bergelut dengan pergerakan Sharapova dan berbagai pukulan terutamanya pukulan backhand pemain Rusia itu yang digunakannya untuk memberikan kesan sepanjang permainan.

Bagaimanapun, Sharapova bersedia untuk memperbaiki beberapa aspek permainannya terutamanya dari segi unforced error, jika mahu mencatatkan kejayaan di Paris dalam masa beberapa minggu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA