Sharapova seru magis Terbuka AS

Sharapova seru magis Terbuka AS

NEW YORK, 27 Ogos (AFP) – Sepuluh tahun selepas menjadi pemain nombor satu dunia buat kali pertama pada usia 18 tahun, Maria Sharapova kembali ke Terbuka Amerika Syarikat dan tidak sabar-sabar untuk menawan semula gelaran yang pernah beliau rangkul pada 2006.

Tetapi ahli sukan terkaya di dunia itu mempunyai timbunan halangan untuk diatasi di Flushing Meadows baik dari segi fizikal, emosi mahu pun psikologi.

Pada usia 28 tahun, Sharapova kini menjadi wanita ketiga tertua dalam kelompok 20 teratas dan beliau menyertai jelajah itu semula pada masa yang paling tidak menyenangkan.

Kecederaan kaki menyebabkan pemain cantik dari Rusia itu meninggalkan Wimbledon selepas tewas separuh akhir kepada musuh ketatnya Serena Williams.

Beliau juga akan beraksi untuk kejohanan pertamanya sejak percintaannya bersama bintang jelajah lelaki Grigor Dimitrov selama dua tahun telah putus.

Sharapova berazam untuk menawan semula gelaran yang pernah beliau rangkul di Terbuka AS 2006. – Reuters
Sharapova berazam untuk menawan semula gelaran yang pernah beliau rangkul di Terbuka AS 2006. – Reuters

Selain amalan rutin harian, Sharapova telah menghabiskan masa membuat persediaan menghadapi musim final Grand Slam untuk mempamerkan bakat perniagaannya.

Sesi pengambilan gambar di Manhattan bersama Nike disusuli dengan aktiviti promosi jenama gula-gula ‘Sugarpova’ di kedai ikonik Bloomingdale di bandar ini.

Setelah semua urusan bakat perniagaan selesai, ada lagi urusan serius untuk menghidupkan semua hubungan cintanya dengan Terbuka AS yang benar-benar memerlukan kaunseling.

Sejak muncul juara pada 2006 selepas menundukkan Justine Henin dalam perlawanan akhir, Sharapova gagal kembali kepada perlawanan kejohanan.

Beliau mengalami tiga kekalahan pusingan ketiga, dua di peringkat 16 dan separuh akhir pada 2012. Dia juga tidak menyertai kejohanan pada 2008 dan 2013 kerana kecederaan.

ARTIKEL YANG SAMA