Sharapova tarik diri lagi

Sharapova tarik diri lagi

DOHA, 11 Feb – Maria Sharapova menarik diri daripada kejohanan Terbuka Qatar yang berlangsung bulan ini selepas kecederaan di lengan kirinya, umum penganjur kejohanan, hari ini.

Ini adalah kali kedua bintang nombor enam dunia itu terpaksa menarik diri daripada kejohanan pada musim ini berikutan mengalami kecederaan yang sama.

Awal tahun ini, Sharapova juga terpaksa menarik diri daripada kejohanan yang sepatutnya menjadi pembuka musimnya, kejohanan Antarabangsa Brisbane.

“Sayangnya saya tidak dapat beraksi pada Terbuka Qatar kerana kecederaan pada lengan kiri saya,” kata pemain berusia 28 tahun itu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Tenis Qatar.

“Saya ingin ucapkan semoga anda semua melalui minggu yang hebat dengan tenis dan saya berharap dapat bertemu anda semua tahun depan.” Sharapova memenangi Terbuka Qatar sebanyak dua kali pada 2005 dan 2008. Edisi kali ini membariskan pemain yang hebat termasuk pemain nombor satu dunia, Serena Williams, Selena Halep dan Petra Kvitova selain Angelique Kerber yang melakar kejutan menjuarai Terbuka Australia, bulan lalu.

Sharapova ketika hadir pada perlawanan menentang pemain Belanda, Kiki semasa perlawanan tenis Piala Fed World Group mereka di Moscow. Sharapova kini menarik diri daripada kejohanan Terbuka Qatar selepas kecederaan di lengan kirinya. – Reuters
Sharapova ketika hadir pada perlawanan menentang pemain Belanda, Kiki semasa perlawanan tenis Piala Fed World Group mereka di Moscow. Sharapova kini menarik diri daripada kejohanan Terbuka Qatar selepas kecederaan di lengan kirinya. – Reuters

Jika segala-galanya berjalan lancar, Kerber dan Serena bakal bertemu sekali lagi di pentas akhir di Doha, hanya 28 hari selepas pertemuan mereka di Melbourne. – AFP