Sharapova terlepas Olimpik Rio

Sharapova terlepas Olimpik Rio

LAUSANNE, 12 Julai – Mahkamah Penimbang Taraan untuk Sukan berkata semalam ia telah menangguh keputusannya mengenai pengharaman dadah dua tahun untuk Maria Sharapova selama dua bulan kepada September, menyingkirkan bintang tenis itu daripada Olimpik Rio.

Pemain Rusia berusia 29 tahun itu diuji positif mengambil ubat diharamkan Meldonium ketika kejohanan Terbuka Australia pada Januari, dalam satu tamparan hebat kepada reputasinya.

Jika pengharaman – yang telah digelar oleh Sharapova sebagai “tidak adil” – disokong, ia akan menamatkan kerjaya salah seorang pemain sukan yang paling terkenal.

“Maria Sharapova dan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) telah bersetuju untuk menunda keputusan CAS sehingga September 2016,” kata satu kenyataan CAS.

“Disebabkan pihak memerlukan masa tambahan untuk melengkapkan dan memberi respon kepada penyerahan masing-masing, dan beberapa konflik jadual, pihak yang terbabit telah bersetuju tidak akan mempercepat rayuan.

Gambar fail yang diambil pada 7 Mac 2016 menunjukkan bintang tenis Maria Sharapova ketika menghadiri dalam satu sidang akhbar di Los Angeles. CAS mengesahkan kepada AFP bahawa Sharapova tidak akan bertanding pada Olimpik Ogos ini. - AP
Gambar fail yang diambil pada 7 Mac 2016 menunjukkan bintang tenis Maria Sharapova ketika menghadiri dalam satu sidang akhbar di Los Angeles. CAS mengesahkan kepada AFP bahawa Sharapova tidak akan bertanding pada Olimpik Ogos ini. – AP

“Satu keputusan dijangka dikeluarkan pada 19 September 2016.”

Keputusan asal dijangka pada 18 Julai, dengan Sharapova berharap satu rayuan yang berjaya akan membenarkannya memimpin pasukan tenis Rusia di Rio.

CAS mengesahkan kepada AFP bahawa Sharapova tidak akan bertanding pada Olimpik.

Penyertaan Rusia pada Sukan, yang bermula pada 5 Ogos, telahpun diawasi setelah pasukan balapan dan padang diharamkan disebabkan pengambilan dadah berasingan.

Ketua persekutuan tenis Rusia berkata ketidakhadiran Sharapova di Rio akan terjejas teruk harapan pungutan pingat mereka. – AFP