‘ShareTheMeal’ aplikasi tangani kelaparan

‘ShareTheMeal’ aplikasi tangani kelaparan

BERLIN, 15 Julai – Kelaparan meragut lebih banyak mangsa berbanding AIDS, malaria dan tuberkulosis bergabung. Sekarang terdapat sesuatu yang boleh anda lakukan hanya dengan menggunakan telefon pintar anda.

Satu inisiatif yang berpangkalan di Berlin yang digelar ShareTheMeal telah tampil dengan satu aplikasi dengan nama yang sama yang membolehkan orang ramai menderma 40 sen euro (0.44 dolar) untuk satu juadah setiap hari dengan hanya menekan dua kali.

Aplikasi tersebut merupakan projek gabungan bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), terutamanya agensi Program Makanan Sedunia, dengan satu sasaran menyediakan satu juadah sekali sehari untuk kanak-kanak sekolah di Lesotho.

Lesotho merupakan salah satu peringkat yang paling rendah bagi keselamatan pemakanan.

“Kira-kira 40 peratus kesemua kanak-kanak menderita daripada kekurangan zat makanan yang kronik,” kata Sebastian Stricker, pengasas bersama ShareTheMeal. Kira-kira 50,000 kanak-kanak sekolah di Lesotho memerlukan pertolongan makanan, katanya.

Aplikasi yang membolehkan orang ramai menolong kanak-kanak dunia yang dalam kelaparan.
Aplikasi yang membolehkan orang ramai menolong kanak-kanak dunia yang dalam kelaparan.

“Kami mahu memulakan di dalam negara yang mana kelaparan adalah masalah sebenar jadi aplikasi kami boleh membuat perubahan yang boleh dilihat. Dalam jangka waktu panjang, kami mahu bekerja dengan rantau lain,” kata Bernard Kowatsch, seorang lagi pengasas bersama.

Kumpulan tersebut mencatatkan kira-kira 2 bilion orang memiliki telefon pintar seluruh dunia, berbanding kira-kira 100 juta kanak-kanak kelaparan, mewujudkan peluang untuk langkah efektif dan efisien untuk memerangi kelaparan. Duit 40 sen itu juga merangkumi kos pengangkutan dan pentadbiran.

Aplikasi itu akan dilancarkan buat pertama kali di Jerman, Austria dan Switzerland, dengan pelan untuk menyebarkannya ke antarabangsa dalam bulan-bulan mendatang.

Ketika fasa percubaan , kira-kira 12,500 pengguna telefon pintar telah memuat turun ShareTheMeal dan mendermakan bersamaan 125,000 juadah.

Kowatsch dan Stricker mengambil cuti selama setahun dari kerja mereka sebagai konsultan korporat untuk mereka aplikasi itu. Mereka tidak memandang keuntungan dari usaha itu, yang disokong oleh sukarelawan dan pelbagai syarikat.

Aplikasi tersebut boleh didapati untuk kedua-dua telefon pintar iPhone dan Android. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA