Sharif tegas hapuskan keganasan

Sharif tegas hapuskan keganasan

KARACHI, 3 Jan (Agensi) – Ketua tentera berpengaruh Pakistan Jeneral Raheel Sharif (gambar) berikrar akan membanteras keganasan negara, menegaskan ‘semua unsur negatif’ akan dihapuskan.

“Tahun baru akan menjadi tahun apabila keganasan akan berakhir,” kata beliau semalam ketika menyampaikan ucapan kepada pemimpin puak di kawasan Gwadar, Talar dan Turbat di daerah Makran.

Tahun baru akan menjadi “tahun perpaduan negara,” kata beliau, menambah negara akan menyaksikan kelahiran keamanan dan keadilan pada tahun itu.

Bagaimanapun, Jeneral Sharif menekankan timbulnya keperluan untuk seluruh negara menghulurkan sokongan kepada angkatan bersenjata dalam perkara ini.

“Keamanan dan keadilan akan terjamin di seluruh negara dengan sokongan negara,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Dawn.

pg14_160104_b

Beliau berkata “elemen yang terbabit dalam amalan kewangan tidak baik” juga harus diatasi dengan ketat.

Timbulnya kaitan di antara keganasan, rasuah dan jenayah, kata beliau, menambah elemen yang terlibat dalam keganasan dan rasuah kewangan telah menjalin kaitan yang rapat untuk membolehkan mereka saling membantu.

Semua ‘unsur negatif’ dalam hubungan akan dihapuskan, kata ketua tentera ketika satu lawatan untuk meninjau perkembangan yang dicatat dalam projek yang dilaksanakan oleh jurutera tentera sebagai sebahagian daripada Koridor Ekonomi China-Pakistan. Beliau menambah Balochistan akan diubah kepada wilayah aman.

ARTIKEL YANG SAMA