Sharp lancar produk terbaru

Sharp lancar produk terbaru

PUTRAJAYA, 16 Nov – Sharp-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd (SRSSC) telah melancarkan produk terbarunya baru-baru ini di Hotel Le Meridien, Putrajaya.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan SRSSC, Takaya Wakasumi; Pengarah Besar Jualan CEP, Tok Sang Man; Pengurus Besar Jualan CEP/ISP, Lau Siong Giap; Penolong Pengurus Besar Jualan HE, Abdul Hamid dan Penolong Pengurus Besar A-Force Team, Bobby Tan.

Acara kemuncak pada majlis itu adalah pelancaran Mesin Basuh Ultrasonik Sharp yang boleh membuang kotoran degil dengan proses 3-Langkah dan siri Peti sejuk Hikaru 5-pintu, iaitu peti sejuk berkapasiti besar dalam kategorinya. Juga turut dipamerkan adalah TV beresolusi 8K pertama di dunia, AQUOS XU Series dan Penyaman udara J-Tech Inverter, bahan pendingin rendah GWP (Potensi Pemanasan Global) di dalam pasaran (R32).

Tema bagi acara tahun ini adalah Inovatif, Perubahan, Inspirasi melalui ‘DNA Kreativiti’ unik Sharp – usaha yang tidak berkesudahan dalam pembangunan produk kreatif dan inovatif bagi terus mengubah kehidupan orang ramai di seluruh dunia kepada menjadi lebih baik serta memberi inspirasi kepada mereka untuk menjalani kehidupan yang bahagia, sihat dan lebih produktif.

Tetamu kehormat majlis bergambar ramai dengan TV AQUOS XU Series Sharp, TV beresolusi 8K pertama di dunia.
Tetamu kehormat majlis bergambar ramai dengan TV AQUOS XU Series Sharp, TV beresolusi 8K pertama di dunia.